Kantin sekolah merupakan tumpuan setiap pelajar pada waktu sebelum loceng pertama berbunyi dan pada waktu rehat. Di sinilah pelajar akan berbual mesra dan menjamu selera. Mengikut kiraan biasa,setiap pelajar akan membeli makanan dari kantin sebanyak lima atau enam kali seminggu. Kekerapan yang sedemikian merupakan faktor utama kenapa kualiti makanan dan kebersihan kantin harus diberikan keutamaan.
Dari segi kebersihan, kawasan di sekitar kantin yang kotor akan menjejaskan selera makan pelajar. Tambahan pula, persekitaran yang kotor juga akan menyebabkan banyak lalat akan berterbangan di sana sini.
Keadaan yang sebegini merupakan punca utama berlakunya kes keracunan makanan di kantin sekolah. Jadi kesihatan pelajar turut terjejas.
Selain kebersihan, kualiti makanan dari segi khasiat yang dijual di kantin sekolah juga harus dititikberatkan. Pelajar adalah golongan remaja yang berada di peringkat tumbesar yang penting dalam hayatnya. Tanpa makanan berkhasiat yang seimbang, proses tumbesar mereka akan terjejas. Tambahan pula, mereka akan mudah berasa letih. Keadaan sedemikian akan menjejaskan prestasi mereka dalam pelajaran.
Menyedari hal-hal penting ini, pihak pengusaha kantin sekolah harus sentiasa memastikan pekerja membersihkan kawasan di sekitar kantin. Makanan yang dipamerkan itu juga harus ditutp atau disimpan di dalam almari kaca untuk mengelakkan lalat hinggap diatas makanan.
Seterusnya, mereka juga tidak harus terlalu mementingkan untung sehingga mengurangkan campuran bahan makanan berkhasiat seperti sayur-sayuran dan daging di dalam mi atau nasi dijual. Dengan berbuat demikian, kesihatan pelajar akan terjamin.
Nureen.
No comments:
Post a Comment