Pihak bank sering melancarkan kempen menabung di seluruh negara secara hebat-hebatan. Hal ini bertujuan untuk menimbulkan kesedaran di kalangan anggota masyarakat supaya membentuk tabiat menyimpan wang mereka di dalam bank. Apakah kebaikan menabung yang sebenarnya?
Jika diteliti, tabiat menabung itu banyak faedahnya. Lumrahnya, orang yang ingin menabung tidak akanmenjadi pemboros. Sifat berjimat cermat dan tidak membeli barang yang tidak diperlukan secara tidak langsung akan memastikan harga barang di pasaran tidak akan naik dengan cepat. Akibatnya, hal ini menguntungkan masa depan pengguna yang kurang berada.
Mereka yang memikirkan kesejahteraan masa depannya pasti akan menabung. Wang lebihan yang disimpan di dalam bank akan membantu seseorang penabung dalam banyak hal.Malang tidak berbau, jadi sekiranya berlaku sebarang kecelakaan seperti, kemalangan, sakit tenat dan sebagainya, wang simpanan itu boleh digunakan.
Ibu bapa yang merancang untuk menghantar anak mereka yang melanjutkan pelajaranke luar negara perlu menabung. Dengan berbuat demikian mereka tidak perlu mengharapkan biasiswa kerajaan semata-mata . Tambahan pula, adalah membebankan sekiranya ibu bapa meminjam wang berpuluh ribu ringgit daripada mana-mana bank untuk tujuan tersebut. Jadi, ibu bapa yang peka pasti akan menabung sejak dari awal lagi.
Jelaskan bahawa menabung akan membawa kesejahteraan kepada masa depan seseorang penabung.kata orang tua-tua, sediakan payung sebelum hujan. Jadi, jangan berlengah-lengah lagi, menabung mulai hari ini juga!
No comments:
Post a Comment