“Genggam bara api biar sampai jadi arang ”bermaksud membuat sesuatu pekerjaan yang susah , hendaklah sabar sehingga mencapai kejayaan. Peribahasa ini bertentangan dengan satu lagi peribahasa yang berbunyi hangat –hangat tahi ayam. Peribahasa ini merupakan satu nasihat yang amat baik untuk merekayang ingin mencapai kejayaan dalam hidupnya.
Salah satu contoh dalam hidup kita yang perlukan nasihat yang sedemikian adalah semasa menerima pendidikan di sekolah. Tidak kira sama ada kita berada di sekolah rendah, di sekolah menenggah atau universiti. Apabila didapati ada mata pelajaran yang sukar, kita haruslah bersabar dan terus berusaha sehingga mata pelajaran yang pada mulanya susah itu kita fahami pada akhirnya.
Aku masih ingat lagi, Radin, iaitu rakan sekelasku semasa kami berada di tahun enam beberapa tahun yang lalu. Pada awal tahun, dia tidak pernah lulus dalam ujian matematiknya, Radin sering berbincang denganku soalan- soalan matematik yang tidak difahaminya.
Sifat sabar dan rajin berusaha Radin telah membuahkan hasil pada akhirnya.Dalam peperiksaan UPSR pada tahun yang sama , dia telah memperoleh gred A dalam matematik. Kisah benar Radin ini membuktikan bahawa dalam hidup ini kita harus mengamalkan semangat genggam bara api biar sampai jadi arang.
Nureen.
No comments:
Post a Comment