ROSLIMEH : Esok hari jadi Roslina. Apa yang patut kita
Hadiahkan kepadanya, din?
HANUDIN : Apa kata kita fikirkan sesuatu yang unik untuk dia.
Saya tidak mahu membeli barangan yang biasa
kepada rakan karib kita.
ROSLIMEH : Maksud kamu, hadiah yang macam mana?
HANUDIN : Kalau kita beli buku, bingkai gambar, anak patung
Alat tulis, jambang bunga, dan album koleksi
gambar, orang lain juga akan menghadiahkan
kepadanya benda yang sama. Kita perlu fikirkan
hadiah yang lain selain daripada senarai yang
saya sebutkan tadi.
ROSLIMEH : Oh ya, idea kamu ini baik betullah Din! Kalau
begitu ada baiknya kita buatkan satu hasil kraf
tangan untuk dia, di dalamnya kita masukkan
sesebuah novel penulis pujaannya, tentu dia
berasa gembira nanti. Apa pendapat kamu?
HANUDIN : Setuju.Mari kita pergi ke toko buku untuk
mencari novel untuknya terlebih dahulu.
ROSLIMEH : Jom, kita pergi sekarang juga!
HANUDIN : Wah, banyaknya buku di kedai ini ! Nah, itu novel
-novel karya A samad said , selama ini dia gemar
Membaca buku-buku A. Samad Said ! Apa kata
kita pilih senaskhah untuknya.
ROSLIMEH : Kalau begitu, kita beli novel terkini hasil A.
Samad Said.
HANUDIN : Novel sudah ada, sekarang mari kita pergi
mencari bahan untuk menganyam bakul
pula.
ROALIMEH : Jom kita pergi ke rumah pak cik Ngah pula.
Nureen.
No comments:
Post a Comment