Sekolah Menengah kebangsaan Datuk Harun,
Peti Surat 18,
57200 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.
Ketua pengarah,
Dewan Bahasa dan Pustaka,
Jalan Dewan Bahasa,
50200 Kuala Lumpur .
Tuan,
Memohon Kebenaran untuk Mengadkan Lawatan.
Merujuk perkara diatas , saya selaku setiausaha Persatuan Bahasa Melayu Sekolah Menengah Kebangsaan Datuk Harun ingin memohon kebenaran daripada pihak tuanuntuk mengadakan lawatan sambil belajar di Dewan Bahasa dan Pustaka.
2. Objektif utama diadakan lawatan ini adalah untuk mendedahkan para pelajar tentang fungsi sebenar DBP.Di samping itu juga, lawatan ini bertujuan untuk melihat sendiri proses penerbitan sesebuah buku. Lawatan seperti ini juga secara tidak langsung dapat memupuk minat mencintai bahasa kita dikalangan para pelajar.
3. Untuk makluman pihak tuan , di sini saya nyatakan maklumat-maklumat penting tentang lawatan kami ke sana .
Tarikh : 14 Desember 2005
Hari : Isnin
Masa : 10.00 pagi
Jumlah pelajar : 20 orang pelajar diiringi dua
Orang guru penasihat.
4. Kami berjanji akan mematuhi peraturandan arahan yang
Dikenakan oleh pihak tuan demi kebaikan bersama.
5. Saya berharap pihak tuan dapat mempertimbangkan permohonan saya ini. Segala perhatian daripada pihak tuan, saya dahului dengan ucapan jutaan terima kasih .
Sekian.
Yang benar ,
Nurain nabilah
(NURAIN NABILAH NORDIN)
Setiausaha,
Persatuan Bahasa Melayu.
Nureen.
tq so so so much ..... so helpful
ReplyDeleteTq... It's very useful for me!
ReplyDeleteIt was very useful. Thank you
ReplyDelete