Saturday, 17 September 2011

Masalah Pengangkutan Awam Di Negara Kita


Dalam sistem perhubungan, pengangkutan awam menjadi pilihan orang ramai untuk bergerak dari satu destinasi ke satu destinasi yang lain. Sistem pengangkutan ini turut menjadi pilihan golongan marhaen khususnya bagi mereka daripada golongan masyarakat pertengahan dan yang kurang berkemampuan. Rangkaian pengangkutan awam di negara kita adalah seperti pengangkutan bas awam, teksi, Sistem Transit Tren Ringan (LRT), monorel dan sebagainya. Memang sudah banyak usaha yang dilakukan untuk menyatukan semua perkhidmatan ini tetapi kejayaannya masih jauh lagi. Oleh itu, pelbagai kemelut yang melanda sistem pengangkutan awam negara kita harus difahami untuk menangani masalah yang sudah berlanjutan sekian lama.
.
..........Sudah pasti dilema utama yang dihadapi oleh masyarakat terhadap sistem pengangkutan awam kita ialah kos atau tambangnya yang agak mahal. Kadar tambang terutamanya bagi penumpang teksi dan LRT adalah dianggap mahal terutamanya bagi mereka yang berpendapatan rendah serta menghalang mereka daripada menggunakan sistem pengangkutan itu dengan lebih kerap. Kadaan ini menyebabkan jumlah pengguna pengangkutan awam terutama LRT agak kurang dan tidak menyeluruh. Kebanyakan daripada mereka hanya menggunakan pengangkutan awam hanya apabila terdesak atau hanya untuk ke pejabat sahaja. Jadi, kemelut utama ini harus diselesaikan oleh kerajaan jika mereka mahu melihat rakyat negara ini berduyun-duyun menggunakan pengangkutan awam tersebut.
.
...........Selain itu, kemelut pengangkutan awam ini turut dikaitkan dengan amalan pengurusannya yang tidak cekap. Masyarakat menganggap sistem pengangkutan awam terutamanya bas awam tidak boleh diharap dari segi ketepatan waktu operasinya. Kelewatan bas kerap berlaku dan tidak mengikut jadual perjalanan yang ditetapkan. Hal ini menyebabkan masyarakat sukar untuk merancang dan menjangka tempoh perjalanan yang bakal mereka hadapi. Masalah kelewatan sampai ke tempat kerja menjadi isu utama akibat kegagalan pihak pengurusan mengatasi masalah tersebut. Masalah penjagaan bas awam, LRT dan teksi turut dikatakan termasuk dalam kategori yang mengecewakan kerana penyelenggaraannya yang tidak menyeluruh. Oleh itu, masyarakat bukan sahaja kecewa melihat kegagalan pengangkutan awam mematuhi jadual perjalanan malah pada masa yang sama kegagalan untuk menjaga kualiti perkhidmatan pengangkutan awam turut dirasai.
.
..........Kita juga sering terdengar rungutan orang awam yang mengatakan bahawa tumpuan perkhidmatan awam di negara kita tidak menyeluruh. Kemudahan stesen LRT umpamanya hanya terletak di kawasan tertentu yang kadang-kala menyukarkan orang ramai tiba ke pejabat. Hal ini bertambah rumit kerana masalah kekurangan pengangkutan tambahan atau “fider bus” di kawasan itu. Kalau anda sering menggunakan pengangkutan awam sudah pasti anda akan menghadapi masalah untuk menukar sistem pengangkutan, contohnya di antara stesen monorel dengan stesen LRT atau di antara stesen bas dengan tesen monorel. Hal ini menyebabkan penjalanan penumpang terganggu kerana terpaksa beratur untuk membeli tiket sebelum menaiki pengangkutan awam yang lain pula. Dalam era globalisasi yang mengutamakan kepantasan, sudah pasti keadaan ini dianggap merumitkan kehidupan masyarakat. Maka, satu sistem tiket yang bersepadu harus diadakan oleh kerajaan sebelum kemelut ini menjadi semakin rumit untuk diselesaikan.
..
..........Malah, pengangkutan awam turut turut terjejas akibat tindakan segelintir pekerja mereka seperti pemandu teksi dan pemandu bas yang tidak sopan ketika memandu. Sering kali masyarakat mengadu kerakusan pemandu pengangkutan awam di jalan raya yang dibuktikan oleh meningkatkan kemalangan yang melibatkan pengangkutan awam ini. Sikap tidak prihatin mereka ini telah memberi satu imej negatif kepada semua pekerja yang bekerja dalam sistem pengangkutan awam negara kerana seekor kerbau membawa lumpur, semuanya terpalit. Ada di antara mereka yang masih mengamalkan sikap ingin menjadi sang juara di jalan raya. Hal ini bukan sahaja membahayakan penumpang kenderaan tersebut malah pada masa yang sama turut membahayakan keselamatan pengguna jalan raya yang lain. Justeru, semua pekerja pengangkutan awam harus diberi satu kursus untuk memastikan mereka lebih mesra pelanggan dan bukannya dibenci oleh pelanggan serta masyarakat awam yang lain.
.
..........Banyak juga aduan yang sering kita baca di dada-dada akhbar mengenai rungutan orang awam tentang kekurangan tempat letak kereta di stesen LRT dan komuter. Hal ini berlaku kerana kurangnya perancangan yang teliti sebelum projek tersebut dilaksanakan. Kelemahan ini bukan sahaja menyukarkan orang ramai meletakkan kenderaan mereka malah menghalang orang ramai untuk menaiki kemudahan awam tersebut. Di beberapa buah stesen komuter dan LRT di ibu kota Kuala Lumpur umpamanya, kekurangan tempat untuk meletakkan kenderaan menyebabkan orang ramai meletakkan kenderaan mereka sesuka hati atau di tepi-tepi jalan. Hal ini bukan sahaja menyebabkan berlakunya kesesakan malah kadang-kala boleh menyebabkan berlakunya kemalangan. Lebih malang pula, ada sebahagian kenderaan tersebut turut di saman oleh pihak polis biarpun masalah ini timbul akibat kelemahan pengurusan terbabit. Jelasnya, rungutan pengguna pengangkutan awam tersebut perlu ditangani dengan baik agar pengangkutan awam di negara kita tidak menjadi “indah khabar dari rupa”.
.
..........Kesimpulannya, masalah pengangkutan awam di negara kita amat perlu diambil berat oleh pihak yang terbabit. Sekiranya perkara tersebut masih terus didiamkan tanpa sebarang tindakan, kita bimbang hasrat kerajaan untuk menjadikan pengangkutan awam sebagai salah satu pengangkutan utama di negara kita akan terkubur. Kesungguhan pihak kerajaan untuk mengambil langkah awal dalam menangani masalah ini amat ditagih dan pihak berwajib tidak harus bertindak hanya apabila isu itu menjadi tatapan masyarakat dalam media massa negara. Mungkin sudah sampai masanya kerajaan bertindak tegas dalam kemelut ini dan bukan bersikap “sudah terhantuk baru terngadah”.
~amelia

Rumah Terbuka

Kebelakangan ini, amalan mengadakan rumah terbuka menjadi perkara biasa dalam kalangan rakyat Malaysia apabila tiba hari-hari perayaan utama. Konsep rumah terbuka ini memang perlu diteruskan dan dijadikan amalan kerana banyak kebaikannya. Dengan adanya rumah terbuka, mudahlah seseorang itu untuk mengunjungi rumah saudara mara, jiran-jiran dan rakan-rakan kerana tarikh dan masanya sudah ditetapkan. Seterusnya amalan ini sudah tentu akan mengeratkan hubungan dan perpaduan sesama anggota masyarakat. Hal ini pasti akan mewujudkan masyarakat yang hidup dalam keadaan aman dan harmoni seperti kata pepatah, "Bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat".

Amalan rumah terbuka akan mengeratkan perpaduan kaum dalam kalangan masyarakat di negara kita. Semasa menghadiri rumah terbuka tersebut para tetamu yang hadir akan beramah mesra dengan tetamu yang lain. Jadi, sudah tentu perkara ini akan membolehkan mereka berbual mesra dan saling memahami antara satu sama lain. Oleh itu, di samping menjamu selera, secara tidak langsung perpaduan dan persefahaman antara tetamu yang terdiri daripada pelbagai latar belakang ini akan dapat dimantapkan. Hal ini bersesuaian dengan pepatah Melayu, iaitu "Tak kenal maka tak cinta".

Semasa menghadiri rumah terbuka juga, para tetamu yang terdiri daripada pelbagai kaum akan memahami budaya dan adat resam kaum lain. Mereka akan merayakan perayaan itu bersama-sama, walaupun mereka berbeza latar belakang budaya dan agama. Sebagai contohnya, orang-orang Cina, India, Iban, Kadazan akan merayakan sambutan Hari Raya Aidilfitri bersama-sama dengan orang Melayu dan begitu juga sebaliknya. Jadi, mereka akan dapat mempelajari budaya dan adat resam kaum lain dan berusaha untuk memahaminya. Perkara ini sudah tentu akan mewujudkan budaya yang sihat dalam kalangan masyarakat berbilang kaum di negara kita.

Selain kebaikan, terdapat juga keburukannya kerana rumah terbuka akan menimbulkan masalah untuk menjaga kebersihan di tempat rumah terbuka itu diadakan. Hal ini disebabkan oleh sikap tetamu yang hadir, iaitu tidak mementingkan aspek kebersihan. Mereka tidak menghiraukan aspek kebersihan dan membuang sisa makanan atau bungkusan makanan di merata-rata tempat. Perkara ini akan menimbulkan masalah apabila rumah terbuka itu berakhir dan menyusahkan pihak penganjur untuk membersihkannya. Oleh itu, perkara ini perlulah diberikan perhatian agar tetamu yang hadir akan menjaga aspek kebersihan dan tidak mengotorkan tempat itu.

Keburukan lain akibat penganjuran rumah terbuka adalah terdapat pihak yang mementingkan diri dan tidak menghiraukan orang lain. Perkara ini akan menimbulkan masalah dan kesulitan kepada orang lain yang turut hadir dalam majlis itu. Ada tetamu yang berebut-rebut semasa mengambil makanan atau bersikap tamak dengan mengambil makanan dalam jumlah yang banyak. Sekiranya mereka menghabiskan makanan tersebut sudah tentu tidak menimbulkan masalah, tetapi perkara yang berlaku ialah mereka tidak menghabiskan makanan tersebut. Hal ini sudah tentu menyebabkan pembaziran berlaku, sedangkan ada orang lain yang mungkin tidak mendapat makanan langsung.

Oleh hal yang demikian, konsep rumah terbuka perlu dihayati dengan mendalam oleh semua pihak. Konsep rumah terbuka sudah tentu banyak mendatangkan kebaikan jika difahami dan dihayati oleh anggota masyarakat. Sekiranya konsep ini tidak difahami dan dihayati, ditakuti amalan rumah terbuka akan mendatangkan keburukan atau sekadar syarat sahaja untuk menganjurkannya. Kita tidak mahu seperti kata pepatah,"Rumah siap pahat berbunyi" apabila menganjurkan rumah terbuka. Jadi, semua anggota masyarakat haruslah memahami dan menghayati konsep rumah terbuka yang sebenarnya agar hasrat yang dicita-citakan akan dapat dicapai.

~amelia

Punca-punca dan cara mengatasi kemalangan jalan raya

Assalamualaikum. Yang dihormati Tuan Pengerusi Majlis, yang berbahagia Tuan Pegawai Daerah Kubang Pasu, pegawai polis trafik, dan hadirin yang dihormati sekalian. Saya mengucapkan ribuan terima kasih kerana diberi kesempatan untuk menyampaikan ceramah dalam majlis ini. 
Tuan-tuan dan puan-puan,
Kes kemalangan jalan raya menjelang hari raya semakin meningkat sejak kebelakangan ini. Pada tahun-tahun lepas kadar kemalangan jalan raya pada musim perayaan khususnya Hari Raya Aidilfitri tidak sebanyak pada tahun lepas. Terdapat banyak punca yang menyebabkan berlakunya peningkatan kes kemalangan jalan raya di negara kita.
Antara punca utama kemalangan itu ialah kebanyakan pemandu tidak mempunyai lesen memandu. Sesetengah pemandu juga menggunakan lesen memandu yang palsu. Oleh itu, apabila tidak memiliki lesen yang sah, maka pemandu tersebut sudah semestinya tidak cekap dan tidak biasa memandu kenderaan. Hal ini akan mengakibatkan kemalangan. Setiap pemandu harus mempunyai lesen kenderaan kerana sebelum seseorang itu memperoleh lesen memandu, mereka telah didedahkan dengan teknik pemanduan yang betul. Malah apabila mereka lulus ujian pemanduan barulah mereka dianggap layak memandu kenderaan. Oleh itu seseorang yang masih tidak mempunyai lesen memandu dinasihatkan agar tidak memandu kenderaan di jalan raya.
Selain itu, kebanyakan kes kemalangan jalan raya juga berpunca daripada kecuaian pemandu kenderaan itu sendiri. Ramai pemandu yang memandu dalam keadaan mengantuk. Biasanya keadaan mengantuk ini berlaku ketika tengah hari dan sebelah malam. Mereka yang memandu dalam keadaan mengantuk besar kemungkinan terlelap seketika semasa memandu. Seterusnya mengakibatkan kenderaan mereka terbabas ataupun melanggar kenderaan lain pada arah yang bertentangan. Saya amat berharap agar para pemandu memastikan mereka tidak mengantuk semasa memandu kenderaan mereka. Sekiranya pemandu mengantuk mereka dinasihatkan supaya berehat sebentar sebelum meneruskan perjalanan.
Para hadirin sekalian,
Kemalangan juga boleh berlaku apabila pemandu dalam keadaan mabuk. Kemampuan pemandu untuk mengawal kenderaan mereka akan menjadi berkurangan apabila mereka mabuk. Hal ini kerana mereka memandu dalam keadaan berkhayal. Kenderaan yang dipandu mungkin akan membelok ke kiri dan ke kanan sehingga menyebabkan kemalangan. Lebih malang lagi jika kecuaian pemandu ini melibatkan kemalangan kepada pihak lain. Saya juga berpesan kepada semua hadirin agar tidak sekali-kali memandu dalam keadaan mabuk. Ia bukan sahaja membahayakan nyawa anda malahan pengguna jalan raya yang lain.
Kita seharusnya memandu kenderaan yang sempurna sifatnya. Sebelum memandu kenderaan, kita mesti memeriksa kenderaan kita supaya selamat untuk dipandu. Contohnya, keadaan minyak hitam, brek, bateri, air, dan lampu berada dalam keadaan baik. Terdapat pemandu yang tidak menghiraukan masalah ini. Mereka mengabaikan kesempurnaan kereta mereka. Contohnya, mereka tidak mengganti tayar yang haus. Apabila tayar kita sudah haus, sudah tentu daya cengkaman kenderaan itu akan berkurangan. Hal ini lebih membahayakan ketika hujan kerana sewaktu hujan, cengkaman tayar dengan jalan raya semakin berkurangan. Jelas di sini, tayar yang haus boleh menyebabkan berlakunya kemalangan jalan raya.
Tuan-tuan dan puan-puan,
Bagi mengatasi masalah ini, pihak polis trafik telah mengadakan pelbagai usaha bagi mengurangkan lagi kadar kemalangan jalan raya. Usaha yang dilakukan nampaknya masih kurang berkesan. Pihak kami sering mengadakan kempen keselamatan jalan raya terutama sempena sambutan hari raya. Hal ini kerana kami telah mendapat maklumat bahawa kejadian kemalangan jalan raya semasa musim perayaan meningkat dengan mendadak berbanding hari-hari lain. Hal ini kerana semua rakyat di Malaysia akan melakukan perjalanan jauh sarna ada pulang ke kampung ataupun pergi melancong. Kempen-kempen yang dilakukan tertumpu di jalan-jalan utama di seluruh negara. Melalui kempen ini sedikit sebanyak dapat memberikan kesedaran kepada pengguna jalan raya.
Pada tahun lepas, Menteri Besar Kedah telah menyertai kempen keselamatan jalan raya. Kempen ini telah diadakan di lebuh raya Bukit Kayu Hitam-Sungai Petani. Ketika beliau berucap, beliau telah menekankan kesedaran kepada para pemandu agar memandu kenderaan mereka dengan cermat. Malah beliau juga turut memberikan baju keselamatan kepada penunggang motosikal. Kempen ini sekurang-kurangnya berjaya memberikan sedikit pengetahuan kepada pengguna jalan raya.
Pihak polis trafik juga telah memasang kamera perangkap kelajuan. Kami telah memasangnya di tempat-tempat yang strategik iaitu kawasan yang biasanya dipandu laju oleh pemilik kenderaan. Jika mereka memandu dengan kelajuan melebihi 110 km sejam, justeru kamera perangkap kelajuan ini akan merakam gambar kereta dan pemandunya. Selepas disemak oleh pegawai kami, dan didapati mereka telah melanggar had kelajuan yang dibenarkan, pihak kami akan menghantar surat sama kepada pemiliknya. Cara ini telah dapat mengurangkan kadar kemalangan jalan raya terutama di Lebuh Raya Utara-Selatan.
Tuan-tuan dan puan-puan,
Pasukan polis trafik bertugas selama 24 jam di sekitar jalan raya utama di negara ini. Mereka akan memastikan agar pemandu tidak membawa kenderaan mereka dengan laju atau secara berbahaya. Jika para pemandu memandu kenderaan mereka dengan laju, mereka boleh disaman ataupun kenderaan mereka boleh ditahan. Banyak saman telah dikeluarkan oleh pasukan polis trafik melalui cara sebegini terutamanya di sekitar bandaraya Kuala Lumpur, Pulau Pinang, dan di Johor Bahru.
Jelaslah bahawa kemalangan jalan raya sebenarnya berpunca daripada sikap pemandu itu sendiri. Seandainya pemandu itu berhati-hati ketika memandu maka kemalangan jalan raya dapat dikurangkan. Tetapi seandainya pemandu itu masih lagi berdegil dan tidak mematuhi undang-undang jalan raya justeru kadar kemalangan ini akan terus meningkat dari semasa ke semasa. Oleh itu saya berharap agar setiap yang hadir ini menyedari pentingnya kita berhemah semasa memandu di jalan raya. Saya juga berharap perkara ini dapat disebarkan kepada orang lain yang tidak menghadiri majlis ini.
Sebelum saya mengundurkan diri besarlah harapan saya agar kemalangan jalan raya di negara ini dapat dikurangkan. Sekian, terima kasih.
~amelia

Jenayah di kalangan remaja


Golongan remaja boleh didefinisikan sebagai satu golongan peralihan iaitu peralihan dari segi sikap, fizikal, mental, emosi, rohani, dan jasmani daripada golongan atau alam kanak-kanak ke alam dewasa. Golongan ini merangkumi individu lelaki dan perempuan yang berusia dalam lingkungan umur tiga belas hingga dua puluh tahun. Atas hakikat inilah maka sesetangah remaja masih lagi terikut-ikut dengan gaya hidup kanak-kanak dan sesetengahnya pula mahu kelihatan matang seperti orang dewasa. Hal ini mengakibatkan golongan remaja semakin tersepit dalam arus pemodenan negara dan akhirnya muncullah golongan remaja yang terjerumus dalam kegiatan jenayah dan masalah sosial.
Masyarakat pasti akan menyalahkan ibu bapa remaja yang terbabit sekiranya berlaku kegiatan jenayah yang dilakukan oleh remaja tanpa memikirkan punca masalah itu berlaku. Memang tidak dapat dinafikan bahawa punca utama masalah ini datangnya daripada masalah rumah tangga. Kajian mendapati hampir tujuh puluh peratus remaja yang terlibat dalam kegiatan jenayah terdiri daripada keluarga yang porakperanda iaitu ibu bapa yang sudah bercerai. Remaja terbabit merasakan bahawa mereka sudah kehilangan tempat untuk mengadu segala masalah dan malu untuk menghadapi masyarakat.
Pengaruh-pengaruh luaran dan dalaman juga mungkin menyebabkan remaja terbabit dalam kegiatan jenayah. Dalam proses memajukan negara, kita disogokkan dengan pelbagai rancangan dan artikel yang kurang bermutu dari Barat yang bertentangan dengan ajaran agama dan budaya kita. Hal ini dilakukan melalui media-media elektronik mahupun media cetak. Rancangan dari Barat menonjolkan ciri-ciri keganasan yang sesuai dengan jiwa remaja yang kuat memberontak. Hal ini akan mengakibatkan remaja yang menonton rancangan tersebut akan terpengaruh dengan adegan ganas yang sesuai dengan naluri mereka yang sentiasa ingin mencuba sesuatu yang baru.
Remaja tidak akan melakukan jenayah sekiranya wujud kesedaran bahawa kegiatan tersebut menyalahi undang-undang negara, melanggar batas agama, dan budaya bangsa remaja itu sendiri. Hal ini jelas terbukti apabila seorang remaja di bawah umur ditangkap kerana mengedar dadah dan setelah dibicarakan didapati remaja ini tidak mengetahui bahawa perbuatannya merupakan satu jenayah serta telah melanggar undang-undang. Hal ini jelas menunjukkan bahawa selain kurangnya kesedaran, remaja masa kini.juga terlalu cetek dari segi didikan rohani dan jasmani. Kata pepatah Melayu yang berbunyi ‘melentur buluh biarlah dari rebungnya’ amat bertepatan sekali dengan isu ini. Jika remaja terdidik dengan ajaran agama yang sempurna, peristiwa atau kegiatan jenayah tentu dapat dikurangkan.
Hiburan yang terdapat di negara ini juga mengakibatkan remaja cenderung untuk melakukan jenayah. Konsert-konsert mega antis luar negara mahupun tempatan secara langsung yang diadakan di negara kita juga salah satu penyebab kepada keadaan ini. Melalui konsert seumpama ini, pengaruh budaya kuning dilihat telah meresap ke dalam sanubari remaja di Malaysia melalui cara berpakaian, pergaulan, pertuturan, dan sebagainya. Apa yang paling menyedihkan, melalui konsert seperti ini jugalah rokok-rokok, pil khayal; dan minuman keras diedarkan dan ini akan melekakan remaja terbabit.
Untuk mengatasi masalah ini, kerajaan seharusnya mengetatkan undang-undang kepada penjenayah terutama penjenayah juvana dan mengadakan kempen-kempen yang sesuai kepada remaja terbabit. Masyarakat juga harus menyahut seruan kerajaan iaitu untuk melahirkan masyarakat dan keluarga penyayang antara satu sama lain. Akhir sekali, remaja seharusnya bangkit dan sedar untuk merebut segala peluang yang ada untuk memajukan bangsa dan negara.

Peranan komputer dalam pembangunan negara


Komputer merupakan satu alat yang mempunyai peranan penting dalam pembangunan sesebuah negara. Memandangkan penggunaannya begitu meluas meliputi bidang ekonomi, politik, dan sosial, tentunya komputer merupakan pemangkin di dalam usaha untuk menjadikan Malaysia sebuah negara yang maju menjelang 2020.
Dewasa ini, penggunaan komputer kian meluas terutama sekali dalam pentadbiran negara. Dengan adanya komputer membolehkan sistem pentadbiran sesebuah syarikat atau negara menjadi lebih cekap dan pantas. Kebolehan komputer menyampaikan maklumat, menyusun data, dan menganalisis dengan lebih sistematik tentunya dapat mengurangkan kesilapan manusia. Hal ini sekaligus dapat membantu dalam hal-hal yang melibatkan pembuatan keputusan di samping menjimatkan masa dan tenaga. Penggunaan komputer sememangnya dapat membantu dalam mewujudkan suatu organisasi yang tersusun.
Tidak dinafikan bahawa komputer kini turut berperanan dalam bidang pendidikan di negara kita.            Penggunaan komputer mampu memenuhi permintaan kerajaan bagi melahirkan generasi yang lebih berpengetahuan luas dalam bidang saintifik. Kebolehan komputer memuatturunkan informasi dengan mudah membolehkan sesuatu ilmu dapat disampaikan dengan mudah dan cepat. Pelajar pula tentu lebih berminat terhadap pembelajaran memandangkan pendekatan pembelajaran yang baru adalah lebih bersifat dua hala. Murid tidak lagi hanya kaku dan diam di dalam kelas tetapi kini mampu melibatkan diri secera proaktif. Menyedari hakikat ini, rancangan kerajaan mewujudkan sekolah pintar yang dilengkapi dengan alat bantuan mengajar seperti komputer perlu diberi pujian dan sokongan. Kewujudan sekolah-sekolah            sebegini akan melahirkan pelajar-pelajar yang lebih prihatin dan mahir dalam penggunaan teknologi moden.
Komputer juga berperanan penting dalam pembentukan masyarakat yang berinformatif. Penggunaan      komputer dapat mengelakkan sesuatu bangsa daripada ketinggalan malahan lebih peka terhadap   perkembangan isu-isu semasa. Kegunaan komputer tampak lebih jelas lagi pada era Internet dan teknologi maklumat. Kemunculan Internet memudahkan perhubungan di samping membantu dalam proses mendapatkan maklumat. Di Malaysia sahaja dianggarkan lebih satu per tiga pengguna Internet dan ini boleh mewujudkan pelbagai peluang perdagangan dan kerjasama serantau. Sejajar dengan itu, cara berfikir sesuatu bangsa dapat diubah kerana secara tidak langsung penggunaan komputer membentuk masyarakat yang berfikir, intelek, dan bijak mengambil peluang.
Selain itu, kegunaan komputer terutamanya menerusi Internet mampu memajukan lagi ekonomi negara. Penggunaan komputer memudahkan urusan jual beli dan mempercepat lagi usaha pencarian bidang kerjasama antara dua pihak. Sekaligus, penggunaan komputer menyediakan satu pasaran yang cukup luas dan menguntungkan pelabur-pelabur. Sesuatu barangan dapat dipromosikan dengan lebih cekap dan mudah tanpa melibatkan media massa yang memakan belanja berlipat ganda seperti radio dan televisyen. Hal ini semestinya akan meningkatkan daya saing syarikat tempatan dalam merebut peluang di bidang perdagangan antarabangsa.
Dalam usaha membangunkan negara, komputer turut menyumbangkan peranan melalui usaha pemindahan teknologi asing. Maklumat-makiumat dari negara maju seperti Jepun, Amerika Syarikat, dan Korea sudah tentu mudah dibawa masuk untuk dipraktikkan. Dalam hal ini, bahagian penyelidikan dan pembangunan sesebuah syarikat seharusnya menggarap peluang ini semaksima mungkin untuk mengembangkan lagi potensi syarikat. Secara tidak langsung, komputer membantu dalam usaha menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang maju sepenuhnya menjelang tahun 2020.
Menyedari hakikat ini, kerajaan kini telah pun menubuhkan gerbang maklumat Koridor Raya Multimedia iaitu sebuah pusat pengumpulan maklumat yang pertama di dunia. Penubuhan pusat ini sememangnya menguntungkan memandangkan pada masa sekarang Malaysia merupakan tumpuan dunia. Ini akan membuka mata dunia supaya lebih menghormati Malaysia dan akan menjulang nama Malaysia terutamanya dalam bidang informasi dan teknologi komunikasi.
Komputer merupakan nadi pembangunan negara. la banyak membantu dalam perkembangan ekonomi dan sahsiah di samping•menggalakkkan perkembangan bidang perindustrian dan perkhidmatan. Oleh itu penggunaannya haruslah diperluas lagi agar seluruh rakyat sama ada di bandar mahupun luar bandar sama-sama menikmati hasilnya.
~amelia

Kebaikan rumah terbuka


Sebagai sebuah negara majmuk, penduduk Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum mengamalkan bahasa, agama, dan budaya yang berlainan. Oleh hal yang demikian, maka wujudlah pelbagai perayaan yang disambut oleh penduduk Malaysia sepanjang tahun. Sebenarnya, inilah ciri-ciri keunggulan kita sebagai sebuah negara majmuk.
Justeru, majlis rumah terbuka diadakan setiap kali tiba musim perayaan. Kini majlis rumah terbuka telah menjadi suatu kecenderungan aliran yang popular dalam kalangan masyarakat negara in Konsep rumah terbuka ini memberikan peluang kepada setiap rakyat Malaysia untuk bersama-sama meraikan perayaan sesuatu kaum yang lain.
Secara tidak langsung, kecenderungan ini dapat mengeratkan silaturahim dan mencerminkan identiti masyarakat Malaysia yang harmonis di mata pelancong asing. Hal ini demikian kerana terdapat negara-negara lain yang mempunyai penduduk majmuk seperti di negara kita juga tetapi gagal mencapai tahap perpaduan seperti kita. Malah, rakyat negara berkenaan sentiasa bercakaran sesama sendiri.
Asal usul majlis rumah terbuka ini dapat dirintis kembali kepada adat budaya dan konsep seruan beragama anutan setiap kaum di Malaysia. Tanpa mengira mana-mana perayaan, sama ada Hari Raya Aidilfitri, Tahun Baru Cina, Deepavati, Hari Natal, Pesta Keamatan, Pesta Gawai dan sebagainya, masing-masing tetap menyambutnya dengan cara yang tersendiri.
Sesungguhnya, proses pembudayaan yang wujud dalam konsep rumah terbuka menyaksikan pertembungan antara dua atau lebih budaya. Sebagai akibatnya, akan berlakulah proses asimilasi dan penyerapan unsur-unsur kebudayaan oleh sesuatu kaum minoriti daripada kaum majoriti. Umpamanya, banyak unsur budaya Melayu yang akan diterima secara tidak langsung sebagai unsur budaya kaum Iban, Kadazan, dan Murut ekoran majlis-majlis rumah terbuka yang diadakan saban tahun.
Tambahan lagi, melalui amalan rumah terbuka, kaum-kaum yang berlainan akan lebih memahami antara satu dengan yang lain. Selain mengenal juadah kaum-kaum lain, mereka akan didedahkan kepada adat resam dan pantang larang rakan-rakan mereka. Secara tidak langsung semangat toleransi akan tersemai dalam kalangan generasi. Sikap toleransi ini amat penting demi keutuhan negara kita.
Kesimpulannya. Amalan rumah terbuka semasa menyambut perayaan pelbagai kaum di Malaysia seharusnya dijadikan suatu tradisi kehidupan rakyat negara ini. Malah, amalan sedemikian rupa menjadi identiti masyarakat majmuk Malaysia yang tiada tolok bandingnya dengan negara-negara lain.
~amelia

Kebaikan e-pembelajaran dalam bidang pendidikan


Melalui konsep e-pembelajaran atau e-learning yang diperkenalkan ini, guru dan murid tidak perlu lagi berinteraksi secara empat mata. Sebaliknya, proses berinteraksi berupaya dilakukan pada jarak yang tiada sempadan dan kekangan, iaitu hanya perlu menggunakan komputer dan internet sebagai medium.
Sungguhpun demikian, pengaplikasian e-pembelajaran tidak bermaksud proses pembelajaran akan menjadi lebih longgar dan kurang pengawasan hingga boleh menjejaskan kualiti pendidikan yang disampaikan. Sebaliknya, e-pembelajaran merangkum suatu program yang mapan, bukan saja mampu mengekalkan kualiti pendidikan, malah mampu menjadi lebih terancang dan fleksibel jika diukur dan aspek penilaian prestasi pelajaran dan pembelajaran yang dilangsungkan.
Konsep ini merupakan enjin e-pembelajaran mengikut masa sebenar yang dibangunkan bagi mewujudkan kitaran pembelajaran yang menyamai proses pengajaran dan pembelajaran secara fizikal, seperti yang diamalkan di sekolah. Pada masa yang sama, konsep e-pembelajaran dapat mengenal pasti kelemahan setiap pelajar juga. Proses mengenal pasti kelemahan dan kekuatan pelajar ini dapat dilaksanakan melalui latihan dan profil pelbagai cumber pembelajaran. Malah, melalui latihan yang dijalankan melalui talian, enjin ini mampu membuat penilaian terhadap kemampuan para pelajar dalam setiap komponen dalam satu-satu mata pelajaran.
Misalnya, dalam pelajaran Bahasa Inggeris, para pelajar akan diberi ujian dalam setiap komponen yang terdapat dalam subjek tersebut, termasuklah aspek tatabahasa, pemahaman, dan sebagainya. Seterusnya, keputusan semua ujian tersebut akan dianalisis secara automatik untuk mengenal pasti kekuatan dan kelemahan setiap pelajar.
Pada masa yang sama, enjin ini juga turut menyediakan kemudahan kepada para guru untuk mengubahsuai sistem sedia ada mengikut kesesuaian proses pengajaran mereka. Misalnya, guru dapat menyesuaikan beberapa pilihan jawapan yng betul dan dapat diterima untuk satu-satu soalan berbentuk subjektif. Beberapa kata kunci tertentu akan dimasukkan ke dalam sistem oleh guru yang terlibat bagi membolehkan sistem tersebut menandakan jawapan yang diberikan oleh pelajar mengikut kehendak guru yang berkenaan.
~amelia

isu kurangnya pelajar menghormati guru


Sejak akhir-akhir ini masalah disiplin berkenaan pelajar sering diperkatakan. Selepas satu kes, satu kes yang lain timbul. Masalah yang wujud sekarang ini pula ialah masalah pelajar-pelajar tidak menghormati guru-guru. Sikap pelajar-pelajar dahulu dengan sekarang amat jauh berbeza seperti “langit dan bumi”. Persoalannya, mengapa masalah ini wujud sekarang?
Dewasa ini, boleh dikatakan bahawa ramai pelajar kurang menghormati guru-guru di sekolah. Perhubungan antara guru dengan pelajar tidak seakrab seperti zaman dahulu. Perkara ini wujud ada banydk kaitannya dengan sikap ibu bapa pelajar itu sendiri. Pada zaman dahulu ibu bapa begitu akrab hubungannya dengan guru-guru. Mereka sentiasa berkirim “salam”. Sekarang di zaman serba moden ini, keadaan seperti ini tidak wujud lagi. Jika dahulu ibu bapa sentiasa menyatakan guru berada di pihak yang benar jika mereka mendenda serta merotan anak-anak mereka.
Pada masa sekarang keadaan itu amat jauh berbeza. Sebaliknya guru-guru pula yang disalahkan jika mereka mendenda serta merotan pelajar-pelajarnya. Bagi ibu bapa sekarang, mereka lebih berpihak kepada anak-anak serta menyalahkan guru-guru. Ibu bapa pada zaman sekarang lebih memanjakan anak-anak. Jika terdapat kesan-kesan merah atau calar-calar pada badan anak-anak, mereka akan segera menyerang pihak sekolah tanpa usul periksa terlebih dahulu.
Faktor perkembangan semasa juga mempengaruh pemikiran pelajar sekarang. Pada masa dahulu guru adalah satu-satunya sumber ilmu berbanding zaman moden yang serba canggih ini. Pada masa sekarang pelajar-pelajar boleh mendapat ilmu dari sumbersumber lain. Ilmu boleh diperoleh dari pelbagai sumber seperti dari akhbar, televisyen dan terbaru sekali ialah melalui internet. Jadi tidak hairanlah jika pada masa sekarang pelajar-pelajar kurang menghormati guru-guru di sekolah. Sesetengah daripada mereka pula berpendapat bahawa mereka lebih berpengetahuan daripada guru-guru. Atas alasan inilah rasa hormat kepada guru-guru sekarang ini kian berkurangan.
Kedudukan guru yang semakin goyah dalam masyarakat hari ini juga merupakan salah satu penyebabnya. Pada masa dahulu guru adalah satu kerjaya yang amat disanjung oleh masyarakat. Jika ada sebarang majlis dalam sesebuah kampung gurulah yang memainkan peranan utama. Guru-guru dahulu akan duduk di barisan hadapan serta memegang jawatan-jawatan penting dalam kampung. Keadaan sekarang sudah berubah. Pada masa ini tempat-tempat guru pada masa dahulu telah diambil alih oleh tokoh-tokoh korporat, penghulu-penghulu serta ahli-ahli politik. Inilah yang menyebabkan rasa hormat kepada guru-guru agak berkurangan.
Kerjaya perguruan adalah satu kerjaya yang mulia. Namun sekarang ini, is seolaholah dipandang sebagai pilihan kedua. Kedudukan guru di rata masyarakat perlu dipulihkan. Cara ini sahajalah yang dapat memberi kesedaran kepada pelajar-pelajar agar kembali menghormati guru-guru.
~amelia

Faedah melancong


Melancong merupakan salah satu aktiviti yang amat menyeronokkan. Tambahan pula, ia memberi banyak mantaat. Semua manusia mengimpikan tempat yang indah untuk dilawati dan menghabiskan masa cuti bersama keluarga setelah penat menjalani kerja seharian. Negara kita mempunyai banyak tempat pelancongan yang menarik dan sesuai untuk dijadikan destinasi percutian.
Dengan melancong kita akan dapat menambahkan pengetahuan dan meluaskan pandangan ke tempat-tempat yang belum pernah kita lawati. Contohnya kita akan dapat melihat kebudayaan yang diamalkan di sesebuah tempat yang jauh berbeza dengan tempat kita. Selain itu, melancong juga dapat melapangkan fikiran. Fikiran kita perlu juga direhatkan daripada terus bekerja.
Melancong juga mengeratkan hubungan kekeluargaan. Dengan melancong kaum keluarga dapat beramah mesra dan bersenda gurau sambi berhibur. Hal ini amat digalakkan oleh kerajaan memandangkan institusi kekeluargaan kini semakin longgar. Ibu bapa yang sibuk bekerja serta anak-anak yang sibuk dengan urusan pelajaran dapat bertemu dan bersatu serta mengukuhkan hubungan yang kian longgar.
Dengan melancong juga kita dapat mengisi masa lapang dengan perkara yang berfaedah. Anak- anak terhindar daripada melakukan perkara negatit terutama pada waktu cuti sekolah seperti bercampur gaul dengan remaja yang rosak akhlak. Ibu bapa juga dapat mengetahui aktiviti anak-anak kerana sepanjang waktu melancong, anak-anak sentiasa bersama mereka.
Melancong juga akan dapat memajukan industri pelancongan negara. Kita sebagai rakyat Malaysia, hendaklah melancong ke seluruh Malaysia dahulu sebelum melancong ke luar negara. Malaysia tidak kurang hebatnya, kaya dengan destinasi-destinasi yang menarik. Contohnya Pulau Langkawi, Melaka Bandaraya Bersejarah, pantai Port Dickson, Tasik Kenyir, Air Terjun Sekayu, Pulau Tioman, Cherating, Zoo Negara, dan sebagainya.
Melancong bersama keluarga banyak taedahnya. Jadikan aktiviti ini untuk mengeratkan lagi silaturahim antara keluarga dan merehatkan tikiran yang dipenuhi dengan bebanan kerja.
~amelia

Gejala pembuangan bayi


Malaysia dengan bangganya menuju ke alaf baru yang berorientasikan sains dan teknologi. Namun mereka alpa dengan perkembangan sosial di negara ini. Saban hari, terdapat laporan bayi yang dijumpai di dalam tandas, di tepi longkang, dan lain-lain tempat tanpa ada perasaan perikemanusiaan.
Punca yang paling jelas berlakunya gejala pembuangan bayi ini adalah kerana berlakunya anak luar nikah. Tatkala ingin menyembunyikan perbuatan dusta itu mereka sanggup membuang bayi dengan harapan diberi peluang menjalani kehidupan baru. Hal ini turut diakibatkan oleh mereka tidak sanggupdiejek dan dicaci oleh masyarakat setempat.
Di samping itu sikap masyarakat. Yang tidak prihatin, hanya berpeluk tubuh, dan mengabaikan isu itu turut menjadi punca gejala ini menjadi-jadi. Mereka bersikap demikian kerana menganggap isu ini adalah sesuatu yang memalukan.
Terdapat juga, ahli masyarakat yang hanya menuding jari terhadap golongan remaja. Pada pandangan mereka inilah pencetus berlakunya pembuangan bayi kerana pergaulan bebas. Lebih-lebih lagi remaja yang suka melepak dan membuang masa dengan sia-sia dianggap sebagai sampah masyarakat. Sebagai masyarakat, kita sepatutnya memberi teguran membina kepada remaja tersebut. Selain itu kesilapan yang paling nyata ialah sikap wanita dan lelaki yang melakukan perzinaan sesuka hati. Mereka tergolong dalam kalangan yang kurang pendidikan agamanya. Selepas itu, masing-masing hilang rasa tanggungjawab ke atas apa yang mereka lakukan hingga sanggup mengorbankan anak.
Hukuman yang kurang berat juga menggalakkan kes-kes pembuangan bayi ini. Ibu bapa mangsa bayi yang dibuang tidak dikesan bersungguh-sungguh sehingga masalah penjagaan bayi diserapkan bulat-bulat kepada pihak hospital dan Jabatan Kebajikan Masyarakat. Hukuman yang dikenakan hanya penjara dan denda yang mampu dllaksanakan oleh pesalah.
Galakan daripada badan tertentu yang sanggup memelihara mangsa ini juga menggalakkan ibu bapa membuang anak-anak mereka. Mereka berpendapat terdapat golongan yang menyayangi anak mereka dan memelihara anak mereka dengan baik. Kebanyakan ibu bapa yang menyayangi anak-anak mereka berperasaan demikian.
Ekoran itu, ibu bapalah watak utama dalam mencorakkan sahsiah anak-anak mereka. Masalah pembuangan bayi ini pasti dapat ditangkis sekiranya wujud kesedaran dan rasa tanggungjawab dan masyarakat dengan mengambil tahu serta cuba membanterasnya seterusnya wujudnya masyarakat yang bersifat penyayang.

Gejala rasuah


Rasuah ialah aktiviti yang membabitkan sogokan wang daripada satu pihak kepada pihak yang lain. la bertujuan untuk memperoleh sesuatu secara tidak sah atau untuk melepaskan diri daripada hukuman atau kesalahan tertentu.
Banyak faktor yang menyebabkan berlakunya gejala rasuah. Ada manusia yang sanggup membelakangkan nilai moral dan agama semata-mata inginkan kekayaan dan kedudukan. Wang ringgit telah mengaburi pandangan seseorang. Hakikatnya, orang kaya yang hidup penuh muslihat tetap disanjung manakala golongan miskin, hidup secara sederhana dan jujur sering kali dicaci. Amalan ini berlarutan kerana wang menjadi pengukur kepada kekayaan seseorang.
Selain itu, faktor gaji yang rendah turut menggalakkan berlakunya rasuah. Hidup di bandar besar yang berhadapan dengan kos sara hidup yang kian meningkat mendorong seseorang kerajaan yang bergaji rendah untuk mendekati rasuah sekali pun hal itu bertentangan dengan kehendaknya.
Gejala rasuah ini mendatangkan banyak keburukan. Antaranya golongan yang tidak berkelayakan mendapat tempat dalam sesuatu perkara mendapat kelayakan tersebut. Contohnya kemasukan pelajar ke sesebuah institusi akibat rasuah akan memudaratkan negara. Pelajar berkenaan tidak mampu memberi sumbangan kepada negara kerana pemikirannya yang lemah dan kemungkinan dia terkeluar daripada institusi kerana prestasi pelajarannya yang lemah.
Gejala rasuah juga menyebabkan golongan miskin tidak mendapat bahagian mereka contohnya pemberian tanah. Rasuah menyebabkan pemberian tadi disalurkan kepada pihak tertentu yang mengakibatkan golongan miskin akan terus miskin sementara golongan kaya akan terus kaya.
Kesimpulannya, gejala rasuah ini harus dihapuskan’dengan segers kerana hal ini tidak patut dipandang ringan lagi.
~amelia

Amalan bergotong royong


Budaya bergotong-royong merupakan amalan kerjasama yang berdasarkan kesanggupan seseorang untuk melakukan sesuatu pekerjaan secara ikhlas; tanpa mengharapkan sebarang balasan dalam bentuk upah atau gaji. Secara jelas, bergotong-royong mengetepikan sikap mementingkan diri sendiri dan kebendaan.
Amalan bergotong-royong sememangnya telah lama menjadi tradisi di kalangan masyarakat Melayu, terutamanya masyarakat Melayu di desa yang kaya dengan adat bermasyarakat jika dibandingkan dengan masyarakat bandar. Kesibukan masyarakat bandar yang kerap membawa diri sendiri dan mementingkan kerjaya dan kebendaan menyebabkan mereka tidak mempunyai masa untuk melibatkan diri dalam amalan ini.
Sikap bergotong-royong juga patut diamalkan di kalangan pelajar. Penglibatan para pelajar dalam kerja gotong-royong dapat mendedahkan mereka kepada cara hidup bermasyarakat. Di samping itu, amalan gotong-royong juga dapat mengeratkan lagi hubungan antara satu sama lain. Para pelajar boleh menerapkan amalan ini dalam kegiatan persatuan, perbincangan, bersukan dan lain-lain. Contohnya, dalam kegiatan persatuan, projek yang dirancangkan boleh berjalan dengan lebih lancar dan tanpa gangguan sekiranya ahli-ahlinya mengamalkan sikap bergotong-royong. Hasil kerja yang dilaksanakan juga akan lebih baik di samping menjimatkan masa dan tenaga.
Dalam perbincangan pula, sikap bergotong-royong pun turut menguntungkan para pelajar. Jika pelajar bekerjasama menyediakan bahan-bahan untuk sesi perbincangan, perbincangan tersebut akan berjalan dengan lancar. Pengetahuan tentang tajuk yang dibincangkan juga bertambah kerana setiap pelajar akan berusaha untuk mencari isi-isi penting yang boleh dibincangkan.
Pentingnya sikap gotong-royong ini diamalkan oleh para pelajar bukan sahaja kerana dapat menguntungkan mereka, tetapi boleh juga menguntungkan masyarakat. Ini adalah kerana mereka boleh menyalurkan ilmu yang dipelajari kepada masyarakat setempat. Secara tidak langsung, usaha ini akan dapat membantu membina semangat kejirananan dan menguatkan perpaduan di kalangan anggota masyarakat, tidak kira di desa ataupun bandar
~amelia

Langkah-langkah mengatasi masalah vandalisme


Saban hari, kita sering mendengar isu remaja yang tidak pernah habis diperkatakan. Tidak kurang juga berita-berita mengenai salah laku oleh remaja yang tidak pernah lekang di dada-dada akhbar tempatan hampir pada setiap hari. Remaja sebenarnya bolehlah dianalogikan sebagai batu permata yang bakal mencorakkan masa depan negara. Namun, mereka tidak sedar akan hakikat tersebut. Mereka sering melakukan kesalahan yang melibatkan kemusnahan harta benda awam yang boleh diringkaskan dengan perkataan ‘vandalisme’. Menyedari tentang hal ini, tiadakah usaha-usaha dari pihak tertentu untuk menangani masalah ini? (82 patah perkataan)

Dalam konteks ini, ibu bapalah yang perlu memainkan peranan penting. Didikan agama dan nilai moral yang sempurna haruslah ditanam dalam jiwa anak-anak mereka. Ibu bapa perlu mendidik anak-anak mereka supaya menghargai harta benda awam yang terdapat baik di kawasan tempat tinggal mereka mahupun di tempat lain. Selain itu, mereka harus memantau aktiviti-aktiviti yang biasa dilakukan oleh anak-anak mereka dan mengetahui latar belakang rakan-rakan bagi anak-anak mereka. Sekiranya mereka mendapati anak-anak mereka terlibat dalam gejala vandalisme ini, tindakan sewajarnya harus dilakukan. Hal ini termasuklah dengan memberi amaran tegas kepada anak-anak mereka. Tindakan ini memang sesuai dengan kata orang-orang tua,“Sayangkan anak, tangan-tangankan”. (100 patah perkataan)

Di samping itu, masyarakat tidak harus berpeluk tubuh apabila gejala vandalisme ‘menjalar’ dengan berleluasa di kawasan perumahan mereka. Perbuatan seperti menconteng dinding bangunan, merosakkan telefon awam, buaian di taman permainan dan tong sampah awam wajar diambil perhatian. Masyarakat di sesebuah kawasan itu perlu mengadakan mesyuarat dengan para ibu bapa tentang gejala itu dan mengenakan tindakan seperti denda berupa bayaran kepada ibu bapa yang didapati anaknya terlibat dalam salah laku ini. Kesannya, ibu bapa akan menjadi lebih peka terhadap tindak-tanduk anak-anak mereka. (81 patah perkataan)

Selain itu, pihak kerajaan perlu mengadakan kempen-kempen untuk memerangi gejala vandalisme. Pihak kerajaan boleh menyebarkan idea tersebut melalui stesen televisyen dan radio tempatan untuk menangani gejala yang semakin ‘membarahi’ negara ini. Kerajaan juga perlu mengenakan bayaran kompaun yang setimpal kepada sesiapa yang didapati melakukan sebarang aktiviti yang melibatkan kerosakan harta benda awam. Individu yang didapati bersalah melakukan perbuatan laku musnah ini perlulah melakukan kerja-kerja kebajikan kepada masyarakat seperti menyapu sampah dan membersihkan tandas awam dan taman-taman permainan. Natijahnya, sudah pasti gejala vandalisme akan dapat diatasi dengan penguatkuasaan undang-undang yang tegas oleh pihak berwajib. (93 patah perkataan)

Kesimpulannya, semua pihak perlu berganding bahu dan mengerah keringat untuk bersama-sama memerangi gejala vandalisme ini. Walaupun isu ini dilihat tidaklah terlalu teruk, tetapi ingatlah bahawa ia dapat memberi impak yang besar kepada negara. Sekiranya semua kemuahan awam kita tidak boleh digunakan atau diconteng, maka di manakah kita hendak meletakkan air muka kita. Imej negara yang bersih hanya akan tinggal kenangan sahaja. Ayuhlah kita bertindak segera untuk ‘memerangi’ gejala ini dan ingatlah , ‘jangan sudah terhantuk barulah nak terngadah’.(78 patah perkataan)

Contoh Karangan : Gejala Merokok Dalam Kalangan Remaja


Gejala merokok kian meningkat kini walaupun pelbagai kempen dijalankan untukmengurangkan perokok. Banyak remaja, lelaki mahupun perempuan yang terjebakdalam tabiat buruk ini. Tabiat merokok bukan sahaja membazirkan wang malahmembawa pelbagai penyakit yang boleh membawa maut seperti kanser paru-paru.Menurut Menteri Kesihatan, Dato’ Dr. Chua Soi Lek, peningkatan merokok dalamkalangan remaja kian meningkat mengikut statistik pada tahun 2006.Kempen antimerokok yang sedang dijalankan oleh kerajaan baru-baru inisememangnya satu langkah yang baik. Kerajaan patut dipuji kerana berusaha untukmembanteras tabiat merokok. Kempen ini memberi penumpuan kepada rupa parasnegatif orang yang merokok untuk menakutkan remaja yang terjebak dalam tabiat ini.Kempen ini juga menunjukkan keadaan paru-paru orang yang merokok. Paru-parutersebut hitam, kering, dan sungguh menakutkan.Kempen antimerokok ini disebarkan secara meluas dalam pelbagai media.Televisyen, surat khabar, dan juga radio kini dipenuhi dengan iklan-iklan antimerokok.Para remaja yang majoritinya menonton televisyen serta mendengar radio diberikesedaran mengenai tabiat merokok dan kesan-kesan melalui iklan-iklan ini. Melaluipengiklanan golongan sasaran kempen ini, iaitu perokok seharusnya dapat dicapai dankadar perokok dapat dikurangkan.Kempen anti merokok yang dilancarkan oleh kerajaan kira-kira setahun yang laludi seluruh negara berlandaskan slogan “Tak Nak!” Slogan ini sangat sesuai untukmembuang tabiat buruk merokok dan mengatakan “tak nak kepada rokok.” Kesan-kesanburuk tabiat merokok yang dipaparkan dapat menanam rasa takut dalam jiwa perokok.Pihak kerajaan berharap kempen-kempen ini dapat menyedarkan perokok untukberhenti merokok dan mengamalkan gaya hidup sihat
Kempen antimerokok ini merupakan antara langkah kerajaan yang amat dipuji.Harapan kerajaan melalui kempen ini adalah untuk menyedarkan perokok danmengurangkan jumlah perokok khususnya remaja.Kesimpulannya, semua pihak berkenaan perlulah bekerjasama untukmenghapuskan tabiat yang membunuh ini. Dengan usaha kerajaan yang berterusan danintensif ditambah dengan kerjasama masyarakat diharapkan kempen ini akan berjaya

Apa itu dadah


Mengikut Risalah kecil “Islam Memusuhi Dadah” yang diterbitkan oleh Pasukan Petugas Khas Anti dadah, Majlis Keselamatan Negara, Jabatan Perdana Menteri pada tahun 1993, telah memberi penjelasan seperti berikut : Dadah ialah bahan kimia psikoaktif yang mempunyai kesan paling ketara ke atas sistem saraf seperti menyebabkan keadaan mabuk, khayal, ketagih, gangguan tingkahlaku dan sebagainya. Penggunaannya yang berterusan akan mendatangkan bahaya dan kerosakan kepada diri, keluarga, masyarakat, negara dan agama Islam. • Takrif ini tidak meliputi alcohol dan tembakau serta ubat yang juga merupakan bahan kimia asli atau tiruan yang digunakan untuk mengesan , mencegah atau mengubati penyakit.

JENIS DADAH

Dadah boleh dibahagikan kepada tiga jenis utama, iaitu : 1. Depresan - termasuk heroin, morfin, candu, kodein dan barbiturat. 2. Stimulan - termasuk kokain, amfetamin, gam,pelarut organik seperti benzin dan cat. 3. Halusinogen - termasuk ganja, habish, LSD, PCP,’Crack’ dan bahan yang mengandungi psilosibin.

Keburukan minum ais untuk manusia


* Kepada yang gemar minum minuman berais,fakta ini mungkin menyedarkan anda. Air sejuk berais akan membekukan bahan berminyak yang baru saja anda ambil semasa makan.Ianya akan melemahkan penghadaman.
* Apabila minyak ini bertindakbalas dengan asid,ianya menghentikan dan menyebabkan penyerapan minyak oleh usus berlaku lebih cepat berbanding dengan makanan pejal yg lain.
* Ianya akan memenuhi usus kita dan lambat laun boleh menyebabkan kegemukan dan punca kepada kanser.Lebih elok jika anda minum air kosong atau air suam selepas makan.

Kebaikan minum ais untuk manusia


* Air sejuk yang hening dapat menolong pesakit insomnia yang sukar tidur agar dapat kembali tidur seperti biasa.
* Orang yang tidur dalam udara yang sejuk dan berselimut untuk memanaskan tubuhnya adalah kombinasi yang baik untuk menjaga kesihatan secara menyeluruh dalam jangka masa pendek apatah lagi jangka panjang.
* Udara panas lebih memudahkan penyebaran penyakit berjangkit kerana bakteria lebih agresif dan cepat membiak dalam cuaca begini.
* Liputan ais di Antartika (daerah Kutub Selatan) dan Artik (daerah Kutub Utara) adalah pengimbang dasar bumi yang amat panas.
* Kombinasi dalam bumi yang panas dan luaran bumi yang sejuk adalah rahsia keseimbangan tekanan semulajadi alam yang mengawal graviti dan pergerakan bumi pada paksinya.
* Ais atau air sejuk dapat mengembalikan memori atau sifat pelupa yang keterlaluan

Kenapa kita perlu sayangkan ibu dan ayah

Kanak-kanak kalau ditanya kenapa sayang mak dan ayah, mereka mungkin tidak tahu apa yang patut di jawab. Kita ketika zaman sekolah dulu-dulu, kalau ditanya kenapa sayang mak dan ayah, mungkin ini jawapan skemanya;
“ Kerana mereka yang membesarkan saya. Tanpa mereka siapalah saya.”
Marah tak kalau saya katakan jawapan skema itu salah! Bukan 100% salah, cuma tidak tepat. Kenapa sayang mak da ayah? Jawapan paling tepat mestilah..
“Sebab Allah suruh saya sayang ibu bapa saya.”
Ya, kita kan hamba Allah. Kita kan orang Islam. Nak tak nak kita kena ikut perintah Pencipta kita. Kalau Allah suruh kita sayang ibu bapa kita. Kita kenalah sayang mereka.

“Dan Kami wajibkan kepada manusia agar (berbuat) kebaikan kepada kedua orang tuanya. Dan jika keduanya memaksamu untuk mempersekutukan Aku dengan sesuatu yang engkau tidak mempunyai ilmu tentang itu, maka janganlah engkau patuhi keduanya. Hanya kepadaKu lah tempat kembalimu. Dan akan Aku beritakan kepadamu apa yang telah kamu kerjakan.” [ Al-‘Ankabut:8]
Maknanya Allah menyeru manusia untuk berbuat baik kepada kedua ibu bapa kita. Kita diseru mentaati ibu bapa kita selagi suruhan mereka tidak melanggar syariat Islam. Tapi amat menyedihkan dan memilukan sekali apabila di zaman yang serba moden ini banyak kisah yang kita dengar tentang ibu bapa yang dipinggirkan.
Mungkin nasihat demi nasihat yang diberikan selama ini kurang berkesan.
“Tak baik buat macam tu. Ibu bapa banyak berkorban membesarkan kita.”
“Tak baik buat macam tu. Ibu bapa boleh jaga 10 oranga anak tapi 10 orang anak tak boleh jaga ibu bapa,”
Tapi apabila Allah, Pencipta Yang Satu telah berfirman dalam kalamNya menyeru manusia berbuat baik kepada ibu bapa, siapalah kita yang kerdil ini mahu mengingkari perintah Pencipta kita itu.
“Dan (ingatlah), ketika Kami mengambil janji dari Bani Israil (yaitu): Janganlah kamu menyembah selain Allah, dan berbuat baiklah kepada ibu bapa, kaum kerabat, anak-anak yatim, dan orang-orang miskin, serta ucapkanlah kata-kata yang baik kepada manusia, dirikanlah solat dan tunaikanlah zakat. Kemudian kamu tidak memenuhi janji itu, kecuali sebahagian kecil daripada kamu, dan kamu selalu berpaling.” [Al-baqarah:83]
“Katakanlah ( Muhammad), “Marilah kubacakan apa yang diharamkan atas kamu oleh Tuhanmu yaitu: janganlah kamu mempersekutukan sesuatu dengan Dia, berbuat baiklah terhadap kedua orang ibu bapa, dan janganlah kamu membunuh anak-anak kamu karena takut kemiskinan, Kami akan memberi rezki kepadamu dan kepada mereka, dan janganlah kamu mendekati perbuatan-perbuatan yang keji, baik yang nampak di antaranya mahupun yang tersembunyi, dan janganlah kamu membunuh jiwa yang diharamkan Allah (membunuhnya) melainkan dengan sesuatu (sebab) yang benar”. Demikian itu yang diperintahkan kepadamu supaya kamu memahami(nya).” [Al-An’am: 151]
Bukan sekali bukan dua kali, malah berkali-kali Allah menyeru kita berbuat baik kepada kedua orang tua kita. Jika semua manusia taat kepada perintah Allah ini, mungkin tiada lagi kita dengar berita ibu dibiarkan ditepi-tepi jalan. Saya pernah terbaca kisah ini di akhbar suatu ketika dahulu;
“Seorang ibu yang tinggal di Sarawak, sanggup meminjam duit dari sanak saudara untuk membeli tiket kapal terbang ke Kuala Lumpur untuk mencari anaknya yang lama terpisah. Setelah sampai dan berjaya mencari alamat tempat tinggal anaknya, ibu tua itu pergi dengan harapan dapat memeluk anak gadisnya itu. Tapi malang sekali apabila anak gadisnya yang sudah berkahwin itu tidak mengaku wanita itu adalah ibunya. Ibu tua yang membawa hadiah baju kurung buat anak gadisnya itu terpaksa beredar dari situ dan terpaksa bermalam di balai polis.”
Sanggupnya seorang anak menghalau ibu tua yang datang begitu jauh untuk bertemu dengannya. Jadi, kita yang masih punya perasaan sayang dan cinta pada ibu bapa kita sepatutnya bersyukur kerana Allah masih menganugerahkan nilai kasih sayang dalam diri kita. Sekarang kita sudah tahu siapa yang harus kita sayangi, kepada siapa kita harus berbuat baik.
Selepas ini kalau ada orang tanya lagi, kenapa sayang mak dan ayah, kita jawablah;
“Sebab Allah suruh saya sayang kedua ibu bapa saya.”
Tapi perbuatan kita pun mestilah selari dengan apa yang kita lafazkan.
Curahkan sepenuh kasih sayang kepada Ma, Mama, Papa, Ummi, Abah, Baba, Ibu, Mummy, Daddy kita.
Ikhlaslah menyayangi mereka kerana Allah s.w.t.
~amelia

Sistem pengangkutan awam menjana pembangunan negara

DI Stockholm, ibu negara Sweden, pemandangan warga kotanya yang tinggal dalam lingkungan 10 kilometer berbasikal ke pejabat adalah perkara biasa. Kenderaan persendirian hanya dilihat menghiasi garaj kerana rata-rata masyarakatnya - selain berbasikal lebih selesa menggunakan pengangkutan awam.
Di Shanghai, China pula, kerajaan tempatannya menerapkan elemen penggunaan secara maksimum pengangkutan awam di kalangan warganya. Namun di Malaysia, situasinya sangat berbeza, dengan pengangkutan awam dilihat sebagai sebuah sistem yang beroperasi dengan kurang cekap dan berkesan.

Kecekapan perkhidmatan pengangkutan awam bermula daripada kaunter tiket selain perkhidmatan yang pantas, maklumat yang baik, kemudahan tempahan, pilihan laluan serta ketepatan waktu, gagal dijadikan sebagai petunjuk penting bagi menjamin pengguna terus menggunakan pengangkutan awam.

Pelbagai isu dibangkitkan saban waktu, antaranya ketidakcekapan pengurusan operasi, keadaan kenderaan awam yang tidak selesa, ketiadaan khidmat pengangkutan awam di kawasan kepadatan penduduk tinggi dan mutu perkhidmatan yang tidak bersifat mesra pengguna, menjadikan kemudahan pengangkutan awam pilihan terakhir bagi pengguna.

Namun, dalam menghadapi tekanan akibat kenaikan harga petrol sebanyak 78 sen yang berkuat kuasa 5 Jun lalu, rakyat terutamanya yang mendiami bandar-bandar besar, berusaha mencari pelbagai ruang alternatif untuk berjimat-cermat.

Keadaan ini tidak memberikan banyak pilihan kepada rakyat, apatah lagi menyedari kesan berantai seiring dengan kenaikan minyak yang secara langsung turut melonjakkan harga barang dan perkhidmatan dalam pasaran. Lantaran menyedari perlunya mengawal perbelanjaan waktu ini, mahu tidak mahu, penggunaan kemudahan awam yang sedia ada seperti bas, komuter, Transit Aliran Ringan (LRT), Express Rail Link Sdn Bhd (ERL), monorel, dan teksi, terpaksa diaplikasikan.

PERKHIDMATAN BAS

Semenjak perkhidmatan bas awam diperkenalkan secara sistematik pada tahun 1935 oleh General Transport Company milik British, operasi pengangkutan bas awam dibiayai sepenuhnya oleh pengusaha swasta. Tidak dinafikan, perkhidmatan pengangkutan bas awam di Malaysia telah melalui tahun-tahun yang cemerlang.

Namun kini, kecemerlangan tersebut tidak lagi dinikmati.
Sejarah pengangkutan bas awam yang pernah muncul dan lenyap di Kuala Lumpur seperti Sri Jaya, Toong Foong, Len Chee, Foh Hup, KL Klang, Naiela, Selangor Bus, Cityliner dan Park May, dahulunya dikendalikan oleh pengusaha persendirian tanpa bantuan kewangan daripada mana-mana pihak.

Malangnya, akibat daripada situasi yang menekan negara menyebabkan banyak syarikat bas terpaksa memberhentikan perkhidmatan mereka kerana kos operasi yang tidak lagi dapat ditanggung memandangkan kali terakhir tambang bas henti-henti dinaikkan ialah pada 2005, iaitu daripada 40 sen kepada 60 sen untuk dua kilometer.

Di Pulau Pinang, seluruh sistem pengangkutan bas menjadi lumpuh apabila syarikat Hin Bus, Yellow Bus, Lim Seng Bus, Kenderaan Juara, Kiara Tuah dan Kiara Melati menamatkan perkhidmatan. Nasib malang tersebut turut dialami syarikat-syarikat bas di Selangor seperti Foh Hup Omnibus, Toong Fong Bus dan Len Bus yang terpaksa gulung tikar.

Keadaan tidak kurang buruknya di Kedah dan Perlis. Syarikat perkhidmatan bas awam utama negeri-negeri tersebut iaitu Kubang Pasu Transport, Perlis Transport dan Kuala Kedah Transport mungkin terpaksa menamatkan perkhidmatan sekiranya situasi tidak menunjukkan sebarang peningkatan.

Pihak kerajaan pernah mengambil langkah pembaikan melalui konsortium pengangkutan sekitar lewat 90-an dahulu. Menerusi penggabungan beberapa syarikat bas di Lembah Klang di bawah Intrakota Consolidated dan Park May Berhad, langkah tersebut juga tidak membawa hasil yang menggalakkan.

Beban perbelanjaan modal yang terlalu besar akibat daripada kos pembelian bas daripada luar negara, kos alat-alat ganti yang terpaksa diimport dan kos penyelenggaraan kenderaan yang tinggi terpaksa ditanggung.

Bilangan bas yang tidak mencukupi selain sistem pemandu perseorangan yang tidak efektif, pemandu yang tidak mencukupi dan pelbagai masalah logistik, menyebabkan kelewatan perjalanan selain mampu mengundang bahaya ketika di jalan raya.

Semua kesulitan ini mengecewakan para pengguna yang bergantung kepada bas sebagai satu-satunya kaedah pengangkutan mereka. Mereka bukan sahaja perlu menanggung kadar tambang yang tinggi dan tidak berbaloi, tetapi juga terpaksa berhadapan dengan perkhidmatan bas yang tidak menentu.

Penggunaan bas yang telah berusia sebagai langkah pengurangan kos sebaliknya, menimbulkan masalah-masalah lain pula seperti keadaan bas yang usang dengan bumbung bocor, kerusi yang patah dan koyak, penghawa dingin yang tidak berfungsi, palang cermin yang patah dan pelbagai lagi. 

~amelia

Keburukan Merokok dan Petua Berhenti Merokok

Latar belakang
Merokok adalah tabiat yang merbahaya.
Jika anda tidak merokok, jangan mulakan kerana dalam jangka masa panjang, ia boleh
menyebabkan pelbagai jenis penyakit.
Mengapa tidak merokok atau berhenti merokok itu penting?
• Merokok merbahaya tidak kira sama ada anda sendiri yang merokok atau menyedut
asap rokok daripada perokok lain.
• Kajian menunjukkan :
o Berhenti merokok dalam tempoh 3 hingga 5 tahun, mengurangkan risiko
mendapat kanser mulut sebanyak 50%.
o Tiada risiko mendapat kanser mulut jika berhenti merokok melebihi 10 tahun.
• Bila tabiat merokok ini dihentikan, keadaan penyakit gusi (periodontium) juga akan
bertambah baik atau pulih.
Apa keburukan merokok?
Merokok boleh mendatangkan pelbagai masalah gigi, antaranya :
• Gigi berkarat (staining).
• Nafas berbau (halitosis).
• Penyakit gusi (penyakit periodontium).
• Kanser mulut.
Ia juga dikaitkan dengan masalah perubatan seperti :
• Kanser paru-paru.
• Tekanan darah tinggi.
• Strok.
• Penyakit jantung.
• Mati pucuk.
Perhatian
Walaupun penggunaan bahan kumuran dan ubat gigi mungkin berkesan menanggalkan karat
gigi dan menyegarkan bau nafas perokok, ianya tidak boleh menyembuh kerosakan atau
penyakit yang disebabkan oleh asap rokok.
Apa yang anda perlu lakukan sekiranya anda seorang perokok?
Anda perlu membuang tabiat merokok. Pastikan anda :
• Melakukan pemeriksaan mulut sendiri.
• Dapatkan pemeriksaan pergigian berkala di klinik pergigian.
Petua berhenti merokok
Bukan senang untuk membuang ketagihan merokok. Anda memerlukan kekuatan mental
untuk membuang tabiat ini.
Beberapa petua untuk berhenti merokok :
• Tetapkan tarikh untuk berhenti merokok dan buatkan nota peringatan.
• Bersikap yakin, selalu berfikiran positif dan beritahu diri anda yang "anda boleh
membuang tabiat merokok".
• Dapatkan sokongan.
• Atasi keinginan/ gian untuk merokok dengan :
o mengunyah gula-gula getah yang tidak mengandungi gula (chewing gum)
o lakukan senaman
o mandi dengan lebih kerap
• Gunakan terapi gantian nikotin (nicotine replacement therapy).

~Amelia

Faedah Menabung

Menabung boleh memberi manfaat kepada kita dan keluarga. Dengan menabung, kita dapat meiningkatkan pendapatan kita pada masa depan, justeru membaiki kualiti hidup kita. Ini membolehkan kita berdikari dari segi kewangan.

1.Meningkatkan Pendapatan

Apabila menabung, kita mendapat pulangan. Jadi, jika kita menabung berterusan, pendapatan kita akan bertambah.

2.Meningkatkan Kualiti Hidup

Menabung dalam jangka panjang dapat membantu kita menikmati hidup yang lebih berkualiti. Dengan menabung, kita boleh mendapat manfaat yang tidak mungkin diperoleh dengan pendapatan sekarang. Antaranya:

a.Membiayai Pendidikan

Untuk berjaya dalam hidup, kita memerlukan pendidkan yang sempurna. Anak-anak kita memerlukan pendidikan yang mencukupi bagi mendapatkan kemahiran dan ilmu pengetahuan. Kos pendidikan ini perlu dibiayai. Oleh itu, kita perlu menabung dengan secukup-cukupnya untuk pendidikan anak-anak kita.

b.Membeli Rumah

Membeli rumah atau tanah memerlukan wang yang banyak. Jikalau kita meminjam, kita mungkin tidak dapat meminjam kesemua jumlah yang diperlukan. Jika ada wang tabungan, sekurang-kurangnya kita boleh membayar wang pendahuluan dan kos-kos urusan pembelian yang lain. Oleh itu, kita perlu menabung untuk tujuan ini.

c.Tanggungjawab Berumahtangga

Apabila anak-anak kita memasuki alam dewasa dan memulakan penghidupan berumahtangga, mereka perlu bersedia untuk memikul tanggungjawab yang baru. Untuk tujuan tersebut, mereka hendaklah digalakkan menabung sebaik sahaja mereka mula bekerja. Janganlah biarkan anak-anak kita memulakan penghidupan baru dengan berhutang.

d.Membeli Barang Keperluan

Kebanyakan barang seperti peti sejuk, televisyen dan perkakas rumah yang lain telah menjadi keperluan asas dalam kehidupan zaman moden ini. Barang-barang ini dapat menambah keselesaan hidup. bagaimanapun, kita hendaklah mengelak daripada berbelanja di luar kemampuan sehingga dibebani hutang. Jikalau kita membeli denga cara berhutang, kita akan membayar dengan harga yang lebih tinggi. Dengan menabung, kita boleh membeli secara tunai pada harga yang lebih murah.

e.Keselesaan Hidup dalam Persaraan

Skim persaraan dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja mungkin dapat menampung keperluan hidup semasa bersara. Walau bagaimanapun, untuk menikmati hidup yang lebih selesa selepas bersara, kita perlu menabung.

f.Menyediakan Payung

Kita perlu bersedia menghadapi sebarang kemungkinan yang tidak diduga, kesulitan atau kecemasan seperti masalah kesihatan atau kemalangan. Seperti kata pepatah, kita perlu "sediakan payung sebelum hujan". Tabungan yang cukup amatlah penting. Dengan menabung, kita dapat mengurangkan sebarang kesulitan yang berpunca daripada kekurangan wang pada waktu yang tidak dijangka.

g.Berdikari dari Segi Kewangan

Jikalau kita mempunyai tabungan yang mencukupi, kita boleh berdikari dari segi kewangan dan tidak bergantung kepada orang lain. Kita boleh merancang masa depan kita dengan lebih sempurna.

Menabung melalui Amalan Berhemat

Amalan berhemat seperti berjimat cermat, merancang perbelanjaan dan bersederhana dalam perbelanjaan dapat mengelakkan pembaziran dan menghasilkan lebihan yang boleh ditabung.



*amelia